Siri Fantasi Sains Level 1-Ekor,Bertindak!
RM10.00
Diversity : Hantu sedang Mengintai – Alam semula jadi terdiri daripada pelbagai jenis benda hidup dan benda bukan hidup. Semua benda hidup dan benda bukan hidup di Bumi mempunyai ciri-ciri yang berlainan supaya manusia dapat membezakan serta mengklasifikasikannya. Tema ini berfokus pada kepentingan mengekalkan kepelbagaian dalam alam semula jadi.
Energy : Tanaman di dalam Bilik – Segala objek di dunia akan bergerak pada setiap hari. Manusia boleh mendapatkan manfaat melalui pelbagai jenis pergerakan dalam kehidupan seharian. Tenaga boleh dirujuk kepada perubahan kuantiti tenaga dalam gerakan objek-objek. Manusia dan segala hidupan di Bumi memerlukan tenaga untuk terus hidup.
Interactions : Ekor, Bertindak! – Interaksi merujuk kepada hubungan sebab dan akibat antara objek. Interaksi boleh berlaku pada sejenis hidupan sahaja, hidupan dengan hidupan, ataupun hidupan dengan alam semula jadi. Proses interaksi yang berlaku di antara manusia dengan alam semula jadi boleh membantu untuk menggalakan perkembangan sains dan teknologi. Pada masa yang sama, perkembangan sains dan teknologi juga boleh mempengaruhi hubungan interaksi antara manusia dengan alam semula jadi.
Systems: Saya Boleh Lihat Fotosintesis! – ‘System’ merujuk kepada suatu gabungan yang terdiri daripada induk/individu atau objek yang saling berhubung di mana mereka bekerja bersama bagi melaksanakan tugas. Sistem dibahagikan kepada sistem alam semula jadi dan sistem buatan manusia. Sistem alam semula jadi merangkumi sistem pencernaan, sistem pernafasan dan sebagainya. Manakala sistem buatan manusia merangkumi sistem elektronik.
Cycles : Ladang Getah Berhantu! – Objek-objek dalam alam semula jadi bergerak dengan mengitar berulang-ulang atau sentiasa mengalami perubahan. Proses tersebut digelar sebagai ‘Kitaran’. Proses ini termasuk kitaran benda hidup, kitaran air dan lain lain